Kamis, 15 September 2016

Aliterasi

ALITERASI

1.         Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.

2.         Yang berikut ialah contoh aliterasi.

            Negeri impian, negeri gemerlapan (pengulangan konsonan r)

PENGULANGAN

1.         Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, atau rangkap diulang dalam sajak.

2.         Ada dua unsur pengulangan, iaitu anafora dan epifora.

3.         Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.

            Contohnya  : Banyak udang banyak garam,
                                    Banyak orang banyak ragam.

4.         Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris.

            Contohnya  : Keli masuk ruan keluar,
                                    Matahari masuk bulan keluar.

PERLAMBANGAN

1.         Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa.

2.         Lihat contoh perlambangan yang berikut.

            Masa sudahku lebih mahal
            Seindah senja dan merah
            di sebelah pagi

3.         Dalam contoh yang dipetik daripada sajak Pembeli Masa Sudah, karya t. Alias Taib, kata senja itu melambangkan usia tua, sementara kata pagi melambangkan usia muda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar