Penulis
puisi atau Penyair sering menggunakan unsur alam sebagai perlambangan
dan metafora untuk menyampaikan maksud puisi. Salah satu unsur alam
ialah tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya pemikiran penyair Melayu dibentuk oleh
alam dan agama Islam. Mereka menggunakan perlambangan daripada unsur
tumbuh-tumbuhan, sebagaimana Al-Quran juga menggunakan misal
perbandingan.
Al-Quran
menggunakan unsur tumbuh-tumbuhan sebagai perbandingan bagi menegaskan
sesuatu hukum serta menyampaikan ajaran dan dakwah. Di bawah ini adalah
beberapa contoh.
§ Antara
bukti kekuasaan dan kasih sayang Allah ialah pemindahan benih yang
membolehkan proses percambahan pokok: “Dan Kami hantarkan angin sebagai
pembawa air dan pemindah benih. Yakni angin itu membawa awan yang
mengandungi air hujan, angin juga membawa debu bunga jantan kepada bunga
betina, dari sebatang pokok ke pokok yang lain, dari hasil pertemuan
itu lahirlah buah-buahan” (Surah al-Hijr, ayat 22).
§ Bagi
menyatakan tentang pahala orang yang membelanjakan harta di jalan
Allah, terdapat ayat yang bermaksud: “Bandingan orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkan pahala bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas rahmat kurnia-Nya,
lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
§ Allah
SWT menghidupkan manusia daripada tiada kepada ada. Allah SWT berkuasa
menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Maka kejadian ini
dibandingkan atau disamakan dengan menumbuhkan benih tumbuhan:
”Sesungguhnya Allah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan.
Dia mengeluarkan yang hidup dari mati dan mengeluarkan yang mati dari
yang hidup” (Surah al-An’aam, ayat 95).
§ Allah
SWT menerangkan tentang ilmu yang dimiliki-Nya dan kesempurnaan
pentadbiran-Nya pada ayat: “Percambahan sebiji benih buah (umpamanya)
tidak akan keluar dari kelopaknya dan seorang ibu tidak akan mengandung
dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang
betul tepat) dengan pengetahuan Allah” (Surah Fussilat, ayat 47).
§ Percambahan
pokok juga adalah bukti rahmat Allah seperti diterangkan oleh ayat yang
bermaksud: “Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang tandus Kami
hidupkan dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian. Lalu mereka makan
daripadanya. Dan Kami jadikan daripadanya kebun kurma dan anggur, dan
Kami pancarkan padanya mata air. Agar mereka makan dari buahnya dan dari
apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka
berterima kasih?” (Surah Yaasiin, ayat 33-35).
§ Orang
yang tidak mensyukuri rahmat Allah ditegur dengan ayat: “Masihkah
mereka berdegil dan tidak memerhatikan bumi, berapa banyak Kami
tumbuhkan padanya dari pelbagai jenis tanaman yang memberi banyak
manfaat?” (Surah asy-Syu’ara, ayat 7).
§ Menanam
pokok atau berladang sering dijadikan simbol berusaha untuk mendapatkan
ganjaran di akhirat. Ternyata pemikiran ini dipengaruhi oleh hadis Nabi
Muhammad saw yang bermaksud: “Dunia adalah ladang akhirat. Barang siapa
menanam kebaikan, maka dia akan memetik hasil keuntungannya. Dan barang
siapa menanam keburukan, maka penyesalan adalah hasil yang akan
dipetiknya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis dipetik oleh Abdul
Qadir Al-Jailani di dalam bukunya Al-Fath Ar-Rabbani yang diterjemahkan sebagai Wahyu Agung oleh Muhammad Qodirun Nur (2004:35).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar